~*:::PORTAL INFO:::*~
...ASSALAMUALAIKUM KEPADA ENCIK SUHAIMI, SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI, AMPUN DAN MAAF DIPINTA, HALALKAN ILMU YANG DIBERI, SEMOGA SELAMAT SEMUANYA, AMIN... IKHLAS DARI KAMI WARGA REDAKSI tHeKaizen*

Akademi Kaspersky di UiTM

Label:

SHAH ALAM: Makmal Kaspersky (Kaspersky Lab), peneraju pembangunan kandungan keselamatan dalam perisian penyelesaian pengurusan, melancarkan program pendidikan Akademi Kapersky di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Akademi Kapersky itu merangkumi empat aspek utama pengajian iaitu pendidikan, rakan kongsi akademik, sains serta persaingan bagi memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendedahan dalam dunia sekuriti maklumat.

Pengasasnya, Eugene Kaspersky, berkata program yang ditawarkan Akademik Kapersky itu sebagai langkah permulaan untuk kerjaya yang gemilang dalam industri kandungan sekuriti perisian penyelesaian pengurusan.

“Latar budaya penjenayah siber sering terserlah menerusi corak aliran skim sindiket mereka dan usaha untuk menangani ancaman itu adalah menerusi proses mengenal pasti budaya terbabit kerana budaya serta cara pemikiran rakyat Malaysia menjadi asas penting bagi membangunkan perisian sekuriti.

“Ketika ini, Akademi Kapersky sudah menerima penyertaan lebih 220,000 peserta dari seluruh dunia menerusi 1,200 sekolah serta institusi pengajian tinggi dengan anggaran 20,000 pensyarah, profesor dan siswazah sedia tampil membantu,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana sempena perasmian Akademi Kaspersky di UiTM Shah Alam di sini semalam.

Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Menurutnya, untuk membangunkan e-dunia yang selamat, regulasi Internet yang lebih baik diperlukan seperti pasport Internet bagi setiap individu, akreditasi khusus untuk syarikat perniagaan dan penyimpanan data sementara terhadap sebarang permohonan penting.

Sumber : Metro online *::
:okay:
0 ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN KAIZEN

Powered By Blogger

TV WEB


P A U T A N

KATEGORI

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

ARKIB BERITA


...BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX...


VIDEO PILIHAN

KARAOKE Bah

A U D I O



K A T A N Y A ..