SHAH ALAM: Makmal Kaspersky (Kaspersky Lab), peneraju pembangunan kandungan keselamatan dalam perisian penyelesaian pengurusan, melancarkan program pendidikan Akademi Kapersky di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
Akademi Kapersky itu merangkumi empat aspek utama pengajian iaitu pendidikan, rakan kongsi akademik, sains serta persaingan bagi memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendedahan dalam dunia sekuriti maklumat.
Pengasasnya, Eugene Kaspersky, berkata program yang ditawarkan Akademik Kapersky itu sebagai langkah permulaan untuk kerjaya yang gemilang dalam industri kandungan sekuriti perisian penyelesaian pengurusan.
“Latar budaya penjenayah siber sering terserlah menerusi corak aliran skim sindiket mereka dan usaha untuk menangani ancaman itu adalah menerusi proses mengenal pasti budaya terbabit kerana budaya serta cara pemikiran rakyat Malaysia menjadi asas penting bagi membangunkan perisian sekuriti.
Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.
Menurutnya, untuk membangunkan e-dunia yang selamat, regulasi Internet yang lebih baik diperlukan seperti pasport Internet bagi setiap individu, akreditasi khusus untuk syarikat perniagaan dan penyimpanan data sementara terhadap sebarang permohonan penting.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan