~*:::PORTAL INFO:::*~
...ASSALAMUALAIKUM KEPADA ENCIK SUHAIMI, SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI, AMPUN DAN MAAF DIPINTA, HALALKAN ILMU YANG DIBERI, SEMOGA SELAMAT SEMUANYA, AMIN... IKHLAS DARI KAMI WARGA REDAKSI tHeKaizen*

Pinjaman RM150,000 bagi pemaju aplikasi tempatan

Label:

CRADLE Fund Sdn Bhd menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000 kepada pemaju aplikasi tempatan bagi menggalakkan perkembangan industri kandungan mudah alih di negara ini.

Ini susulan kerjasamanya dengan LTT Global Communications Sdn Bhd yang akan menyediakan perkhidmatan untuk sokongan pengurusan, pembangunan, pengedaran dan pemasaran aplikasi dan kandungan mudah alih untuk pengguna tempatan dan antarabangsa.

Ketua Eksekutif Cradle, Nazrin Hassan, berkata syarikat itu mensasarkan memperoleh kira-kira 10 hingga 15 permohonan baru berkaitan pembangunan kandungan mudah alih yang mempunyai potensi tinggi untuk dikomersilkan menerusi Program Pelaburan Cradle (CIP).


Katanya, kerjasama itu akan menyediakan tapak kepada ‘Mobilepreneurs’ untuk menghasilkan idea perniagaan terbaik dan meluaskan kemahiran serta pengetahuan dalam industri berkenaan.

“Ia adalah keperluan dan peluang unik untuk bekerjasama khususnya menerusi pemasaran bersilang antara pembangun aplikasi dan kandungan mudah alih tempatan dengan pembangun di peringkat antarabangsa.

“Pembangun kini mempunyai insentif yang besar untuk membangunkan aplikasi bertaraf antarabangsa manakala pengguna pula akan memperoleh pelbagai aplikasi inovatif yang memberikan nilai tambah pada penggunaan mudah alih mereka,” katanya dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas kerjasama itu, Ketua Eksekutif LTT Global, Wemel Cumavoo, berkata idea yang akan diketengahkan meliputi jaringan sosial mudah alih pembelajaran mudah alih, muzik dan hiburan mudah alih, proses perniagaan, perkhidmatan penyedia lokasi serta perdagangan dalam talian.

Katanya, kerjasama dengan Cradle lebih kepada pemangkin yang mewujudkan dan membina ekosistem pembangunan bagi mengkomersialkan hasil idea pembangun kandungan mudah alih dan aplikasi.

Sumber : Berita Harian *::
0 ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN KAIZEN

Powered By Blogger

TV WEB


P A U T A N

KATEGORI

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

ARKIB BERITA


...BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX...


VIDEO PILIHAN

KARAOKE Bah

A U D I O



K A T A N Y A ..