~*:::PORTAL INFO:::*~
...ASSALAMUALAIKUM KEPADA ENCIK SUHAIMI, SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI, AMPUN DAN MAAF DIPINTA, HALALKAN ILMU YANG DIBERI, SEMOGA SELAMAT SEMUANYA, AMIN... IKHLAS DARI KAMI WARGA REDAKSI tHeKaizen*

KKIP mahu wujud peluang pekrjaan kepada rakyat

Label:


RAYMOND Tan dan Basalie bersama-sama tetamu lain
memotong kek pada majlis warna-warni Aidilfitri KKIP.

KOTA KINABALU: Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Sdn Bhd yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri akan memberi penekanan unuk bagaimana ianya dapat mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, perkara itu lebih penting daripada memikirkan soal berapa banyak jumlah pelaburan dan eksport yang ada di KKIP.

“Sasaran yang kita beri penekanan di KKIP sekarang ini bukan berapa banyak jumlah eksport dan pelaburan, tetapi bagaimana KKIP dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang akan memberi manafaat kepada rakyat keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis warna-warni Aidilfitri anjuran KKIP Sdn Bhd di Pusat Komersial Salut, di KKIP, dekat sini, kelmarin.

Ini katanya, selari dengan apa yang diberi penekanan oleh Per- dana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam konsep 1 Malaysia bahawa “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Tan berkata, dengan wujudnya suasana perniagaan yang baik di KKIP, ianya dapat mengwujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dan apabila ada pekerjaan mereka dapat menampung kehidupan diri mererka dan keluarga dengan lebih baik.

Katanya, pada masa ini KKIP berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada 7,000 orang dalam pelbagai bidang dan ianya merupakan sumbangan besar KKIP dan memberi manafaat kepada rakyat.

Menurutnya, selain memberi penekanan dalam bidang pembangunan industri dan pembangunan ekonomi, di KKIP juga menyediakan pusat pendidikan dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk rakyat terutamanya generasi muda mendapat pendidikan dan kemahiran yang lebih baik.

Selain itu, katanya KKIP juga menyediakan kawasan perumahan yang selesa untuk penduduk di bandaraya yang bekerja dan tinggal di kawasan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi KKIP Sdn Bhd, Datuk Basalie Abdul Hamid berkata, pihaknya akan memastikan KKIP menjadi sebuah Bandaraya yang dapat membanggakan rakyat negeri ini, selain dapat menambah manafaat kepada negeri Sabah dari segi ekonomi dan pembangunan sosial.

“KKIP prihatin dengan kadar pengangguran dan dengan adanya peluang –peluang pekerjaan, pengangguran dapat dikurnagkan seterusnya gejala sosial di kalangan belia dapat diatasi,” katanya.

Basalie berkata, KKIP juga cuba membantu mengadakn peluang-peluang latihan dengan pelabur di KKIP.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Johnny Goh, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn Bhd, Datuk Chong Hon Len.

18th October, 2009
0 ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN KAIZEN

Powered By Blogger

TV WEB


P A U T A N

KATEGORI

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

ARKIB BERITA


...BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX...


VIDEO PILIHAN

KARAOKE Bah

A U D I O



K A T A N Y A ..