14 Oktober 2009

Juara bertahan tersingkir awal

JUARA bertahan dua musim berturut-turut, Kedah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.

Mereka gagal menempah tempat ke suku akhir bagi saingan musim 2009 biarpun membelasah Pulau Pinang 4-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam tadi.

Kemenangan itu sekadar menyaksikan Kedah mengumpul 10 mata untuk muncul naib juara Kumpulan E di belakang Kelantan yang mengumpul 15 mata selepas membelasah ATM 5-0 di Kota Bharu.

Namun, Kedah gagal menjadi tiga pasukan tempat kedua terbaik di kalangan lima kumpu- lan apabila slot itu berjaya diisi naib juara Kumpulan A, Perlis (13 mata), naib juara Kumpulan B, Terengganu (12 mata) dan naib juara Kumpulan D, Kuala Muda Naza (12 mata).

Satu lagi pasukan, Perak biarpun muncul naib juara Kumpulan C turut terkeluar selepas menamatkan saingan dengan mengumpul 11 mata.

Perak mensia-siakan kelebihan beraksi di gelang- gang sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium Perak, Ipoh sekali gus membolehkan Johor FC muncul juara Kumpulan C.


PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri) melakukan percubaan sambil dihalang penjaga gol ATM pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. Kelantan menang 5-0.


UPB-MyTeam pula mencatat kemenangan sulung dengan menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas perlawanan malam tadi, lapan pasu- kan yang layak ke suku akhir ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza.

Bagi Kumpulan A, KL Plus muncul juara biarpun mereka tewas 0-1 kepada Perlis pada aksi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Satu lagi perlawanan kumpulan tersebut menyaksikan Pahang membelasah Melaka 6-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Negeri Sembilan pula sah sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tatkala Johor membelasah Sarawak 5-0 di Johor Bahru.

Selangor pula yang sudah sah sebagai juara Kumpulan D tewas 2-3 kepada KM Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala PDRM terikat 2-2 dengan Sabah di Selayang.

Perlawanan suku akhir bakal berlangsung secara timbal balik pada 20 dan 24 Oktober ini.

Sumber : Kosmo *::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan